Percutian Halal Friendly di Tokyo

10/28/2016


Pelancong Muslim mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari makanan halal di Tokyo. Awesome Tokyo tahu  bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda.

Restoran Halal di Tokyo

Salah satu perkara menarik untuk dilakukan di Tokyo ialah dengan mencuba makanan Jepun. Walaupun berbeza latar belakang agama, saya ingin semua pelancong untuk mencuba makanan Jepun yang enak. Disini, Awesome Tokyo ingin mengesyorkan beberapa Restoran Halal makanan Jepun yang berbaloi dikunjungi.

Sumiyakiya 

Restoran Sumiyakiya ini terletak di Roppongi. Restoran ini menyediakan hidangan daging bakar atau dikenali sebagai “Yakiniku”, BBQ gaya Jepun. Restoran in sangat lah disyorkan bagi mereka yang gemarkan daging. Anda boleh memilih pelbagai jenis daging kesukaan anda di sini. Selain itu, terdapat juga hidangan sampingan seperti salad, mi, nasi goreng, pencuci mulut dan banyak lagi. Restoran ini dijamin halal baik dari segi penyembelihan sehinggalah penyediaan.


Kusumoto

Restoran Kusumoto telah disahkan sebagai Restoran “Muslim-Friendly” oleh Nippon Asia Halal Association. Restoran ini menyediakan makanan Jepun dan terletak di Nishi- Azabu. Mereka menyediakan bilik peribadi beserta sejadah untuk Muslim menunaikan solat. Selain itu,mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran “lunch box”. 


http://www.tokyomuslim.jp/index.html


Minokichi

Minokichi ditubuhkan pada 1716 di Kyoto dan sudah mencipta sejarah di dalam masakan Kyoto. Salah satu cawangan restoran bersejarah ini ialah di TOBU (Salah satu bangunan membeli belah terbesar di Tokyo). Kini mereka menyediakan hidangan Kaiseki-Ryori yang “Muslim-Friendly”. Kaiseki- Ryori ini terdiri daripada pelbagai jenis set hidangan makan malam, yang dihidangkan dengan gaya Jepun yang menarik. 


http://www.japanese-kyoto-cuisine.com/muslim.html

Kedai Makanan Halal “Online”

Kini sudah terdapat banyak kedai makanan runcit Halal secara online di Tokyo untuk keperluan masyarakat Islam di sini. Antara contoh Kedai Halal Online di Jepun:

PADMA HALAL FOOD
http://padma.ocnk.net/


SONALI HALAL FOOD
http://www.onlinehalalfood.com/
http://www.nascohalalfood.com/


Kedai Halal “Online” ini dapat membuat penghantaran ke rumah. Tetapi, ianya mungkin sukar untuk pelancong untuk membuat pembelian kerana tidak mempunyai alamat  tetap di Jepun.


Membeli Makanan Halal

Kebanyakan pelancong Muslim menghadapi kesulitan untuk mendapatkan makanan Halal di Tokyo. Walaupun sudah banyak restoran halal diperkenalkan di Tokyo, namun ianya mungkin akan memakan kos yang lebih tinggi dan tidak semuanya buka pada waktu pagi atau lewat malam. Jadi, jalan terbaik adalah dengan membeli barangan mentah yang halal dan memasaknya di rumah. 
Awesome Tokyo ingin memperkenalkan beberapa kedai barangan runcit Halal di Tokyo.

Anda boleh mendapatkan barangan halal di Shin-Okubo, yang terletak satu stesen daripada Shinjuku dengan JR Yamanote Line. Terdapat ramai warga asing yang menetap di bandar ini. Terdapat banyak restoran Muslim, Indonesia, Nepal di sini.



Green Nasco

Kedai ini ialah antara kedai makanan halal yang terbesar di sini. Mereka menjual beras, barangan runcit, pelbagai jenis daging, kekacang dan banyak lagi. Kedai ini terletak hanya 3 minit dari Stesen Shin- Okubo. Tidak susah untuk menjumpai kedai ini. Sesudah melintas jalan di hadapan Stesen Shin-Okubo, belok ke kanan di Matsumoto-Kiyoshi (sila rujuk gambar) dan kedai ini akan berada di sebelah kiri anda. Mereka juga mempunyai kedai kebab dan restoran Halal. 










Rose Family Store

Selain itu, Rose Family Store ini terletak hanya beberapa meter dari Green Nasco. Ia terletak di tingkat 2 dan juga terdapat Masjid di tingkat 4. Rose Family juga menjual beras, daging, makanan runcit, dan juga menyediakan perkhidmatan menyewa WIFI.





Anda juga boleh menjumpai kedai makanan halal yang lain seperti “The Jannat Halal Food” dan “Barahi” di sekitarnya. Kebanyakan juruwang dan pelanggan ialah Muslim. Jadi, anda boleh bertanya atau mendapatkan maklumat daripada mereka.




You Might Also Like

0 Comments

Labels

food (13) culture (11) transportation (11) summer (10) events (6) Tokyo (5) tradition (5) vegetables (5) Haneda airport (4) festivals (4) health (4) daytrip (3) fireworks (3) izakaya (3) tickets (3) vegetarian (3) yukata (3) 1000 (2) Fall (2) JR (2) Narita airport (2) Onsen (2) beer (2) discount (2) fruits (2) metro (2) restaurants (2) shopping (2) Ghibli (1) Kouyou (1) PASMO (1) Uniqlo (1) beach (1) beauty (1) obon (1) salon (1)

AWESOME TOKYO

AWESOME TOKYO
For all Tourists in Tokyo!